14 Julai, 2010

Undang-Undang Pengakap


1. Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah dan mempunyai

kehormatan diri.

2. Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang

Dipertuan Agong, raja-raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan

orang-orang yang di bawahnya,

3. Pangakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa.

4. Pengakap bersahabat dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa

mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit

dan pangkat.

5. Pengakap adalah seorang yang sempurna pekerti dan sentiasa

berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.

7. Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan

ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum dan manis mukanya

walaupun dalam masa kesusahan.

9. Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.

10.Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan

perbuatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan