25 November, 2010

LOGO KLKM

LOGO KLKM




MAKSUD LOGO



Sturktur Organisasi Utama KLKM


Tn.Hj. Rosdi Bin Abd Rahman
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM

Tn. Hj. Hassan Bin Hashim
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM (Latihan)

En. Abd Rahim Bin Mohamad
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM (Program)

YM Raja Norzaharman Bin Raja Sahadan
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM (Pentadbiran)

Dr. Paramasivam Muthusamy
Penolong Pesuruhjaya Negeri KLKM (Antarabangsa)

Dr. Abdul Rashid Bin Mohamad
Penolong Pesuruhjaya Negeri KLKM (Zon Utara)

En. Nor Hayat Bin Marzuki
Penolong Pesuruhjaya Negeri KLKM (Zon Tengah)

En. Wan Zulkarnain Wan Othman
Penolong Pesuruhjaya Negeri KLKM (Zon Pantai Timur)




Sejarah Penubuhan K.L.K.M.



Diilhamkan oleh Prof Dr. Kamarudin Kacar,1975
(Dekan Fakulti Pendidikan UPM Serdang)

Keahlan seramai 28 orang.

1987 – UPM dan USM bergabung membentuk Kumpulan Latihan Pemimpin Pengakap.

1989 – KLPP bertukar kepada KLKM diperingkat IPT :-

- UTM KL - UUM
- UTM JB - KUSZA
- USM - UPM

UKM dan UiTM – Mempunyai perancangan penubuhan tetapi Gagal.

1993 – Seketeriat KLKM IPT dari USM bertukar ke UPM.

PPN KLKM = Prof Madya Haji Taha Kadir.

Pengurusi Latihan Negeri = En. Musa.


TERKINI

Seketeriat KLKM IPT dari UPM bertukar ke UniSZA.



Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM
(Tuan Haji Rosdi Bin Abdul Rahman)

Pengerusi Latihan Mengikut Zon.


KESIMPULAN

  • KLKM merupakan sebuah Negeri dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.

  • Diwujudkan bagi melatih Ahli Pengakap Kelana di peringkat Institut Pengajian Tinggi.

  • Sesebuah IPT yang berdaftar dengan Ibu Pejabat Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dianggap sebuah daerah dalam pentadbirannya.

  • Gabungan daripada beberapa daerah tersebut membentuk sebuah Negeri yang dipanggil Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia.



04 Ogos, 2010

Prinsip & Matlamat Kelana

PENGENALAN


PPM merupakan badan sekarela. Wujudnya berdasarkan prinsip pengasasnya (BP).
Kelana bukan sahaja program yg meluas dan berfaedah tetapi jln utk kehidupan yang sihat.
Kelana merupakan remaja yang terdiri daripada umur 17 ½ tahun – 25 Tahun.
Menawarkan pelbagai aktiviti, latihan dan membangunkan kemahiran insaniah.
Tumpuan juga diberikan kepada pembanggunan kesedaran diri dr aspek tanggungjawab dan perkhidmatan kesukarelaan kpd masyarakat.
Cogan KataBerkhidmat”.

PRINSIP

Berdasarkan prinsip pengakap.

Harus berkhidmat demi Tuhan, bertindak dengan mengambil kira apa yang perlu dan meggunakan kebolehan untuk kebaikan diri sendiri , keluarga serta masyarakat di mana mereka tinggal.

3 Prinsip Utama berpandukan Kewajipan kepada Tuhan, Kewajipan kepada Semua, Kewajipan kepada Diri sendiri.


MATLAMAT

Membina semangat kerakyatan dan menggalakkan pembanggunan fizikal, mental, sosial dan semangat golongan muda supaya mereka dapat memperolehi kedudukan yang baik sebagai anggota tempatan, kebangsaan dan masyarakat antarabangsa.

Membantu mengenali peranan yg boleh dimainkan dalam masyarakat.

Menggalakkan ahlinya menjadi jujur pada diri sendiri dan turut bertanggungjawab kepada dunia disekililing.


Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia

14 Julai, 2010

Undang-Undang Pengakap


1. Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah dan mempunyai

kehormatan diri.

2. Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang

Dipertuan Agong, raja-raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan

orang-orang yang di bawahnya,

3. Pangakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa.

4. Pengakap bersahabat dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa

mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit

dan pangkat.

5. Pengakap adalah seorang yang sempurna pekerti dan sentiasa

berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.

7. Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan

ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum dan manis mukanya

walaupun dalam masa kesusahan.

9. Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.

10.Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan

perbuatannya.