

1. Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah dan mempunyai
kehormatan diri.
2. Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong, raja-raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan
orang-orang yang di bawahnya,
3. Pangakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa.
4. Pengakap bersahabat dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa
mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit
dan pangkat.
5. Pengakap adalah seorang yang sempurna pekerti dan sentiasa
berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
7. Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan
ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum dan manis mukanya
walaupun dalam masa kesusahan.
9. Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.
10.Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.
Logo Pengakap Dunia
1. i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii) Menolong orang pada setiap masa
iii) Menurut undang-undang pengakap
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang- undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan putih - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih - melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu - kepimpinan
6. Warna putih - kesucian dan kebersihan.
Logo Pengakap Malaysia
1. | i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
|
2. | Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. |
3. | Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. |
4. | Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. |
5. | Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. |
6. | Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. |
7. | Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia. |
Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai inisiatif oleh Lord Baden-Powell (BP) untuk Pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.
Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanakkanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907.
Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk
menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap. Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for Boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripada sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanakkanak perempuan dan dengan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatuyang amat praktikal dan sangat wajar.
Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa. Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujudkan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain.
Pasukan Pengakap pertama, ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan Pengakap berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu. Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia. Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917,
Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah ditukar menjadi Pengakap Kelana. Pada tahun 1922, BP telah menulis dan menerbitkan sebuah buku panduan untuk bahagian Pengakap Kelana yang diberi nama, Rovering to Success. Di dalamnya, beliau membentangkan tujuan dan matlamat Pengakap Kelana dan menggambarkan jalan ke arah kehidupan yang dilihat beliau sebagai panduan untuk pemuda-pemuda mengikuti keadaan semasa. Pada tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (World Rover Scout Moot) yang pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana dan keputusan dalam penerimaan Pengakap Kelana sebagai pergerakan seluruh dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini. Tahun 1975 memperlihatkan pembangunan yang pesat dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka kepada wanita muda di Malaysia. Ini telah diikuti dengan keputusan yang sama bagi bahagian Pengakap Remaja dan disambung kepada bahagian Pengakap Muda dan bahagian Pengakap Kanak - kanak.